Wednesday, February 27, 2013

lepas dapat kunci rumah baru

post pasal rumah baru kami lah.
saya dengan husband pindah rumah baru lepas 3 bulan duduk dengan parents saya. dari zaman tunang tunang kitorang dah sibuk cari rumah, buat process beli rumah, gaduh2 n setelah susah payah dapat la kunci...yayyyy..rumah kami sederhana saja, tapi saya n husband happy sangat dah..
process upgrade rumah pun bermula..
ni rumah lepas pasang lampu, grill, wiring ekon n dsb..
masa ni saya tengah sibuk pikir nak langsir kaler apa. hehe husband tengah jadi mandur.
dapur pun masa ni kosong lagi, saya pasang kitchen cabinet dengan sorang contractor yang bagus sangat. ada post lain pasal tu :)

ni ruang makan..kira semuanya kosong lah.
saya blogwalking jugak nak cari suma contact nuimber plumber, electrician, kc installer.
masa ni memang tak sabar nak deco rumah baru, buat dapur cantik2..tapi duit memang mengalir macam air.
so sabar n pelan2 je saya dan husband execute.

apepun memang seronok masa ni :)

Monday, February 25, 2013

azam baru

azam kalini ialah nak rajin blogging. sebab nanti2 boleh baca, rasa nyesal sebab baaanyaaaak benda saya tak record kat sini. rasa rugi plak, lagipun ini record untuk diri sendiri masa akan datang. so insya allah pasni nak rajin2 tulis :)
antara perkara yang saya nak tulis ialah perkara paling indah dah berlaku pada saya, saya dah pregnant! yahuuu! dah masuk 7 bulan dah pun, syukur alhamdulillah. harap pasni saya bole la tulis katsini pasal pregnancy, nnt baby dah besar bole la baca blog buruk ummi dia.
and last year saya n hubby berpindah rumah baru, rumah kami. haa tu pun nak blog jugaklaaah!

banyaknya saya nak tulis, takpe slow2. :)



Monday, June 25, 2012

kita kahwin dahhh

lamanya tak update blog..majlis kahwin berjalan lancar alhamdulilah, dah hampir 6 bulan menjadi isteri orang.untuk diri sendiri masa depan hehe, nah ni la hasil kerja keras haritu, selamat pengantin lama untuk lisa dan iqbal :)

Saturday, July 30, 2011

Makeup sanding 2011

ku tak tahu nak pilih mana satu untuk MUA sanding nanti.untuk akad takpe, dah confem.serius buntu neh.sebab ada pengalaman yang tak berapa best sangat dengan sorang MUA ku nak sebut nama pun tak syok sbb dia pun pernah kerja dengan bloggers yang femes.ku pun malas nak sebut dah.tak ada rezeki.carik je lah orang lain untuk sanding ni kan.okei, lepas research punya research, ku pun come out dengan list of options. Ku punya criteria pemilihan tak banyak, aku just nak yang pandai buat pipi pink2, mata bersih, and kening cantik.hahahahah.

1) nasha naslimy
Untuk area rumah ku, nasha ambik 950. makeup nais, bersih. harga pun sekali dengan hairdo. tapi ku masih pikir2 lagi. orang nya pun friendly.ada sesiapa ada good review pasal dia?


2) aleng tohara
dalam website memang gempak memang pasti cun ah.tapi tak ramai bloggers ambik dengan dia.harga 900.bukan makeup aje, beading pun melets uolls.bole buat baju dengan dia.aleng pun jenis peramah sangat.ku cam rasa nak je amik dia tapi still pikir lagi haha


3) kakliza asst sai
area rumah ku dia amik 1k. mahal sikit kan.tapi dah fully booked. next.


4) salima
harga menarik, rm500. kak salima ni kadang cantik, kadang biasa je.well, maybe tengok muka pengantin jugak kot kan? tapi kak salima antara yang aku letak dalam list sbb dia antara makeup yang sederhana.




5) kelrina
pandai buat mata yang cantik. rambut pun pandai buat jugak. tapi 1k untuk sekali makeup myebabkan ku kena pikiaq la kan.sesiapa yang takde halangan budget boleh consider her.



harap sedikit membantu semua :)

sebenarnya ku budget dalam 700 je untuk makeup.tapi majlis kat Nilai, so extra charge tu ialah travel charge untuk MUA, tu yg jadi lebih :( untuk b2b outside klang valley, kesian kat kita.huhu.kenalah fikir kat mana yang kita boleh cut cost dan jimat jimat.nantilah buat entry pasal berjimat cermat amalan mulia.

Friday, July 29, 2011

Tiz Zaqyah gebu n sexay

Kulit Tiz Zaqyah gebu sangat. Nak jadi pengantin ni kan bagus kalau kulit segebu Tiz haha verangan. Buat masa ni ku takla mimpi kulit gebu macam tu tapi tengah usaha sikit he he. Agar kulit se mantop Tiz yang cantik:



1) Minum minuman + makanan kesihatan
Sejak minum NHColla ni ku perasan (perasan je) kulit dah bersih sikit. tangan pun lembut berbanding dulu. Ambik vitamin C n minum banyak air kosong. benci gila asik kencing. nak buat camna.nak lawa punya pasal. hahaha.

2) Makan before 8pm.
Ku dinner awal, kol 7pm. NO heavy meal after that. tapi kalau weekend, hancussss. Dan, ohya, pernah dengar tak, breakfast like a king, lunch like ordinary, dinner like a beggar?

3) Park kereta jauh2.
Ku sengaja datang kerja lambat supaya boleh park jauh. Kira salah satu senaman la, berjalan kaki dekat 10min jugak tiap hari  (camni punya alasan pun ada T___T)


4) Tido awal
Eh kalau perasan kulit cam glowing kalau kita tido awal kan? haha betui la weh. kalau tido tak cukup ku mesti kena serangan cik juru rawat. mesti cuci before tido. kena tukar cadar n pillowcase selalu. itu ku rasa semua orang pun kena buat, tak kira la nak jaga muka ke tak kan.

So kalau ada korang2 yang nak share beauty tips sangat ku alu2 kan. share2 la..korang dah cantik, ku pun nak juga ;)

MUA kahwin : part 1


Untuk persiapan ku, benda paling awal ku nak bagi settle ialah makeup. Yelah kita ni biasa2 je jadi mestilah nak rasa jadi berseri (bukan nak cantik sangat, nak berseri je jadi lah). Tapi budget pun biasa biasa jadi ku pun ingat nak amik MUA yang charge sederhana untuk akad nikah. Tapi haruslah okay resultnya :)

Disebabkan ku akan pakai tudung masa akad nikah nanti, ku pun cari lah MUA yang sesuai untuk orang bertudung. Maksud ku, makeup yang simple, sederhana. Final :

Comel pipi pink2 ni kan
Simple je kan?

Ini suma credit pada MUA tersebut. Nak tau ke siapa hehe. Alhamdulilah dah bagi deposit pada dia :) Under RM300 tau!! Untuk akad saya cari yang simple aja, rasa berbaloi sangat. Harap MUA ni buat ku jadi berseri. wheee!

ku dah bertunang. alhamdulillah.

first step before ku kawen, mestilah kena bertunang dulu. simple saja majlis nya.tapi pening jugaklah nak tempah baju, carik makeup, pikir hantaran huhu. ku letak sikit gambar tunang nak bagi semangat sikit.sebab tunang pun dah lama kan, bulan 12 haritu.

Pelamin mini DIY :)
makeup by KakLong
Fuhh nasib baik dah settle ku tunang. Tapi kawin ni mestilah lagi stress. Bersedia jelah.huhu.